iNiLaH DuNiA kU

Tuesday, December 26, 2006

Merehatkan diri

5 hari keluar kota...menghabiskan cuti di utara tanahair...ke negeri yang belum pernah ainnur jejaki...cuma masa bersekolah itupun kerana mengikuti minggu sukan yg diadakan di sana....

kebetulan negeri yg ainnur pilih utk merehatkan diri adalah negeri tmpt berlangsungnya rakaman penggambaran Tentang Bulan....damai rasanya merasakan suasana kg yg cukup tenang jauh dari kesesakan kota...cukup malas rasanya pabila merasakan harus pulang ke ibukota...arghhhhhh hidup terus dijalankan...

p/s Keputusan peperiksaan ainnur tidak begitu memberangsangkan tak apalah insya Allah semester depan akan ainnur cuba mendapatkan keputusan yg bagus...mudah-mudahan...
posted by ainnur at 7:35 AM 2 comments

Thursday, December 21, 2006

2007

Tahun 2007 akan hadir dalam 10 hari lagi...ainnur sebenarnya sudah menyiapkan perancangan apa yang perlu dan mahu ainnur lakukan pada tahun hadapan...bukan sekadar azam tapi rancangan yang memerlukan perlaksanaan...

Dari senarai yg telah ainnur rangkakan dapat ainnur jangkakan tahun depan menuntut pengorbanan yang bukan sedikit dari ainnur...mampukah ainnur melaksanakan apa yg telah dirancang? Hanya Allah yang menentukan..Insya Allah dgn niat yg ikhlas ainnur yakin Allah kan memberkati....

p/s Semalam ainnur mencatatkan pasal tentang bulan hari ni keluar review pasal tentang bulan di berita harian...
posted by ainnur at 10:55 AM 0 comments

Wednesday, December 20, 2006

Bicara ini....tentang...

Tentang Bulan menceritakan kisah suka duka anak2 sedang membesar zaman 80-an...Ainnur membesar pada zaman inilah...zaman di mana anak2 sekolah rendah yang tgh membesar ini tidak terdedah pada pengetahuan teknologi disebabkan di masa itu semuanya terhad dan belum meluas penggunaannya....

Ainnur percaya mereka yg membesar era 80-an ini yang menonton filem ini akan kembali merindui zaman kanak2 mereka...filem ini cukup mengusik perasaan ainnur...ainnur sendiri di masa kanak2 seorang yg perangai agak 'tomboy'...jd filem ini sedikit sebanyak benar2 terkena batang hidung ainnur...lucu sungguh...bermain kejar2 , mandi sungai, mengaji, surat cinta yg penuh taburan bedak wangi...argh cukup membuat ainnur tersenyum sendiri...

Kenapa ya kita selalu memandang kebelakang sedangkan kita perlu memandang kehadapan...adakah kerana kita tidak berpuas hati dgn kehidupan hari ini maka kita perlu memandang kebelakang utk meneruskan kehidupan kita...sebagai tanda atau sebagai pemangkin????atau mungkin juga sebagai "learn from mistake" apapun apa yg pernah berlaku semuanya adalah sejarah...sejarah adalah utk diingati dan dikenang...kerana itu mungkin kita sentiasa mengingatinya....mungkin.....
posted by ainnur at 3:25 PM 0 comments

Tuesday, December 19, 2006

Satu Permulaan

Kecewa sebenarnya...memangkinkan wujudnya jurnal online ini...bukan pertama kali bermesra dgn blogspot...namun kekecewaan menzahirkan lahirnya blog baru di dunia alam maya ini..

Mungkin di sini akan termeterailah satu luahan rasa, yang akan tidak dapat banyak sikit mampu mendamaikan jiwa yg bergelora...insya Allah
posted by ainnur at 2:15 PM 0 comments