iNiLaH DuNiA kU

Wednesday, December 20, 2006

Bicara ini....tentang...

Tentang Bulan menceritakan kisah suka duka anak2 sedang membesar zaman 80-an...Ainnur membesar pada zaman inilah...zaman di mana anak2 sekolah rendah yang tgh membesar ini tidak terdedah pada pengetahuan teknologi disebabkan di masa itu semuanya terhad dan belum meluas penggunaannya....

Ainnur percaya mereka yg membesar era 80-an ini yang menonton filem ini akan kembali merindui zaman kanak2 mereka...filem ini cukup mengusik perasaan ainnur...ainnur sendiri di masa kanak2 seorang yg perangai agak 'tomboy'...jd filem ini sedikit sebanyak benar2 terkena batang hidung ainnur...lucu sungguh...bermain kejar2 , mandi sungai, mengaji, surat cinta yg penuh taburan bedak wangi...argh cukup membuat ainnur tersenyum sendiri...

Kenapa ya kita selalu memandang kebelakang sedangkan kita perlu memandang kehadapan...adakah kerana kita tidak berpuas hati dgn kehidupan hari ini maka kita perlu memandang kebelakang utk meneruskan kehidupan kita...sebagai tanda atau sebagai pemangkin????atau mungkin juga sebagai "learn from mistake" apapun apa yg pernah berlaku semuanya adalah sejarah...sejarah adalah utk diingati dan dikenang...kerana itu mungkin kita sentiasa mengingatinya....mungkin.....
posted by ainnur at 3:25 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home